
MBMB galak haiwan terbiar dikembiri
KOTA LAKSAMANA 17 Ogos – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merekodkan sebanyak 200 ekor kucing dan 30 ekor anjing didaftarkan bagi menjalani proses kembiri setakat semalam (Ahad).
Setiausahanya Sulaiman Atan berkata, pada tahun 2019 MBMB merekodkan peningkatan tinggi iaitu sebanyak 452 ekor kucing dan 24 ekor anjing telah dikembirikan.
“Ini menunjukkan kesedaran masyarakat semakin meningkat sekali gus memberi sokongan kepada kerajaan negeri mengawal haiwan terbiar.
“Justeru, MBMB mengatur Program Kesedaran Kembiri 2020 bagi kucing dan anjing liar peliharaan dengan kerjasama Pertubuhan Noah’s Ark Natural Animal Shelter (NANAS),” katanya.
Katanya, orang ramai diharap terus mencintai haiwan seperti anjing dan kucing dalam usaha membantu menangani haiwan-haiwan terbiar.
“Jabatan Kesihatan Persekitaran MBMB bekerjasama dengan NANAS sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melindungi haiwan terbiar seperti anjing dan kucing sejak 2018.
“Ketika MBMB mula laksanakan program ini pada tahun 2018, sebanyak 82 ekor kucing berjaya dikembirikan dan ketika itu program kembiri dikhaskan kepada kucing saja,” katanya.
Hadir sama, Pengarah Kesihatan & Persekitaran MBMB Noramirul Nizam Kamis dan Pengasas NANAS Raymund Wee.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
