MBMB pasang 2,000 Jalur Gemilang

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH, 17 Ogos – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menggerakkan kira- kira 2, 000 pemasangan 2,000 unit Jalur Gemilang pelbagai saiz di jalan-jalan utama dan bangunan-bangunan miliknya termasuk satu bersaiz gergasi di bangunan Graha Maju.

Datuk bandarnya Datuk Zainal Abu berkata, selain peringatan pemasangan Jalur Gemilang kepada pemilik premis pihaknya turut menganjurkan pertandingan kemeriahan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan.

“MBMB telah mengeluarkan notis kepada peniaga dan pemilik bangunan sebagai peringatan untuk mereka memasang Jalur Gemilang di premis sepanjang Bulan Kemerdekaan ini.

“Malah kita juga menganjurkan pertandingan Deko Komuniti Jalur Gemilang antara taman perumahan dan kampung dengan menawarkan hadiah menarik iaitu geran projek bernilai antara RM2,000 hingga RM10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBMB yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

Sementara itu, mengulas mengenai kejadian ribut pada Selasa minggu lalu, Zainal berkata, pihaknya menerusi unit ‘First Responce Team’ (FRONT) telah membersihkan pokok tumbang di 50 kawasan dalam pentadiranya.

“Selain melakukan kerja pembersihan pokok unit ini juga menawarkan perkhidmatan bantuan kecemasan terhadap kes bencana alam dan seperti banjir,” katanya.

Views:

324
Kongsi :
Previous post Konsert ambang merdeka disiar melalui Youtube – Exco Pelancongan
Next post MBMB galak haiwan terbiar dikembiri
Ubah saiz-+=