
Sewa jengkaut mini, selesai aduan rakyat – Dr Akmal
MERLIMAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Muhammad Akmal Saleh mengambil insiatif menyewa jengkaut ‘mini’ bagi menyelesaikan masalah aduan longkang dan parit di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Beliau berkata inisiatif itu dilaksanakan berikutan kekangan dihadapi agensi kerajaan terutama faktor kewangan yang terhad bagi menyelesaikan aduan rakyat.
“Saya faham kekangan agensi kerajaan terutama membabitkan kewangan yang agak ‘limited’ (terhad) untuk menyelesaikan aduan yang diterima daripada rakyat menyebabkan ada beberapa aduan lewat dilaksanakan.

“Jadi kami mengambil inisiatif untuk membantu agensi untuk mempercepatkan dengan menyewa sendiri ‘mini excavator’ (jengkaut) supaya aduan longkang dan parit dapat diambil tindakan segera,” katanya.
Menurutnya, inisiatif itu dijangka dapat membantu menyegerakan tindakan membabitkan masalah saliran di DUN berkenaan selepas ini.
mini 1- SEWA jengkaut mini selesaikan aduan rakyat DUN Merlimau.
mini 2- DR Akmal melihat masalah parit atau longkang yang perlu diselenggara dengan segera.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
