
Polis siasat video tular berpesta di konsert
JOHOR BAHRU, 6 Mac – Polis akan menjalankan siasatan susulan video tular menerusi media sosial yang memaparkan sekumpulan individu berhibur di sebuah konsert di Ayer Hitam dekat Batu Pahat baru-baru ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan itu bagi mengenal pasti penganjur dan individu yang terlibat dalam konsert berkenaan.
Beliau bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu setakat ini.
“Tidak boleh berpesta, ia akan menyebabkan keresahan kepada orang awam dan kita akan siasat serta ambil tindakan.
“Kerana sudah tentu (konsert) ini tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) jika mereka berhibur dan sebagainya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya pihak polis menerima laporan berhubung video tular itu.
Kamarul Zaman berkata siasatan akan dijalankan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Terdahulu video berdurasi 52 saat itu memaparkan sebuah kumpulan muzik mengadakan persembahan dengan sekumpulan lelaki dan wanita sedang rancak berjoget sehingga mengabaikan SOP. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM200 JUTA PERKASA PENDIDIKAN, 140,000 ANAK MELAKA TERIMA MANFAAT
AYER KEROH 1 November - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM200 juta dalam tempoh tiga tahun bagi melaksanakan pelbagai inisiatif pendidikan...
VR, TEKNOLOGI KITAR SEMULA ANTARA INOVASI 62 HAK CIPTA MUCM
BUKIT KATIL 1 November - Aplikasi pembelajaran berasaskan Realiti Maya (VR) secara gamifikasi serta inovasi teknologi kelestarian alam antara hasil...
PRN MELAKA: SEJAK 2005 DEKATI RAKYAT, BAN HONG MAHU PACU MASA DEPAN KLEBANG
TANJUNG BIDARA 1 November - Bermula dengan penglibatan dalam khidmat masyarakat pada 2005, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan...
PUJIAN CALON PH: TOK RAUF TAK ANGGAP TIKET UNTUK SELESA
AYER LIMAU 1 November - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh...
‘JANJI RAZAK’ BUAT PENDUDUK TELOK MAS
TELOK MAS 1 November - Manifesto calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak...
MUZIUM KAPAL SELAM TAMPIL WAJAH BAHARU, SEDIA PIKAT PELANCONG
KLEBANG 1 November - Muzium Kapal Selam kini tampil dengan wajah baharu selepas kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan selesai dilaksanakan, sekali...
