
Amran Tompel meninggal dunia
SEREMBAN, 26 Mac – Pelakon dan pelawak Amran Aman Ramli atau dikenali sebagai Amran Tompel, 72, meninggal dunia di kediaman anaknya di Taman Matahari Height, Senawang, di sini kira-kira 4.40 petang tadi.
Menurut anak keduanya, Shafiq Amran, 28, allahyarham sebelum ini sudah lama terlantar berikutan pelbagai penyakit dialaminya termasuk darah tinggi, diabetes dan angin ahmar.
“Walaupun ayah dah lama terlantar sakit, tapi dia masih boleh bercakap dan memahami apabila orang bercakap dengan dia, cuma sejak tiga, empat hari kebelakangan ini dia dah kurang selera makan.
“Ketika kejadian ada adik saya yang bongsu, saya dalam perjalanan memang hendak balik ke sini, lepas itu adik telefon sambil nangis, masa itu saya tahu ayah dah tiada, jenazah dijangka akan dikebumikan esok,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Difahamkan Amran sebelum ini dilaporkan pernah beberapa kali diserang angin ahmar termasuk ketika fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Allahyarham meninggalkan empat anak berusia antara 22 hingga 29 tahun.
Amran adalah anak kepada pelakon, pelawak dan pengarah Allahyarham AR Tompel dan aktif dalam industri hiburan tanah air sekitar 1990-an. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA MELAKA KENDALI 5,162 OPERASI KECEMASAN SEPANJANG 2025
LENDU 13 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengendalikan sebanyak 5,162 operasi kecemasan sepanjang tahun lalu sekali...
MELAKA PERLUAS INISIATIF PRODUK PELANCONGAN PERCUMA KEPADA PESARA
LENDU 13 Mei - Kerajaan Negeri akan memperluaskan inisiatif kemasukan percuma ke produk pelancongan terpilih kepada golongan pesara badan beruniform...
MELAKA SAYANG ‘WIRA MERAH’, SALUR SUMBANGAN KHAS
LENDU 13 Mei - Seramai 50 pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima sumbangan khas RM5,000 daripada Kerajaan...
‘KITA TIDAK CARI SALAH ORANG, KITA FOKUS PERBAIKI HIDUP RAKYAT’
LENDU 13 Mei - Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk kekal menerajui Melaka dengan penuh rasa tanggungjawab walaupun penggal perkhidmatan bakal...
‘AH SEM SAYANG RAKYAT MACHAP JAYA’
MACHAP JAYA 13 Mei – Turun padang bertemu rakyat secara konsisten menjadi antara pendekatan yang diamalkan Datuk Ngwe Hee Sem...
MAIM BENTUK MUSLIM BERJIWA BERSIH
AYER MOLEK 13 Mei - Kebersihan perlu diberikan keutamaan oleh setiap Muslim kerana ia adalah sebahagian daripada iman yang merangkumi...
