
Penasihat kanan syarikat direman bantu siasatan kes rasuah projek bernilai RM132 juta
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Seorang penasihat kanan sebuah syarikat direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung projek bernilai RM132 juta membabitkan institusi automotif negara.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memberi suapan berjumlah RM5 juta sebagai balasan bagi syarikat di bawah kawalannya mendapat geran projek.
“Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya bermula hari ini hingga Jumaat manakala reman terhadap seorang suspek bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes rasuah projek bernilai RM85 juta membabitkan institusi automotif negara turut dilanjutkan empat hari bermula esok hingga Sabtu,” kata sumber itu.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman tersebut.
Beliau berkata suspek ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Pada 24 Mac lepas, SPRM dilaporkan menahan sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung projek bernilai RM85 juta membabitkan institusi automotif negara.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...

