
Bayi enam bulan maut ditetak
KINABATANGAN, 11 Mei – Seorang bayi berusia enam bulan maut dipercayai akibat ditetak oleh datuk saudaranya di Kampung Ubi Sungai Pauh di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Superintenden Dzulbaharin Ismail berkata ibu bayi itu, seorang warga asing berumur 35 tahun, cedera parah dalam insiden yang berlaku pada kira-kira 2 petang.
“Bayi perempuan berumur enam bulan meninggal dunia di tempat kejadian akibat ditetak di bahagian kepala.
“Ibunya pula cedera parah di bahagian belakang tengkuk dan telinga kirinya hampir putus,” menurut beliau dalam kenyataan hari ini.
Dzulbaharin berkata kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan dan tindakan lanjut.
Beliau berkata polis berjaya mengesan suspek iaitu seorang warga Filipina berusia 60 tahun di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran lokasi kejadian dan merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam insiden itu.
Katanya polis belum mengenal pasti motif kejadian dan suspek, yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan mangsa sebelum ini, direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH RM14 JUTA PERKUKUH PEMBANGUNAN MELAKA GEOPARK
BANDA HILIR 1 November – Lebih RM14 juta diperuntukkan dan diluluskan bagi memperkukuh pembangunan Aspiring Melaka Geopark termasuk menyediakan kemudahan...
PRN MELAKA: RAMAI MAHU JADI ‘GENG BIRU’ DI KLEBANG
KLEBANG 1 November - Berbekalkan rekod perkhidmatan dan pelbagai inisiatif mendekati rakyat, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PRN MELAKA: RAIS MAHU TANGGA BATU HADIAHKAN EMPAT KERUSI UNTUK BN
KLEBANG 1 November - Barisan Nasional (BN) dan rakan strategik Perikatan Nasional (PN) meletakkan sasaran menyapu bersih kesemua empat kerusi...
MELAKA SASAR GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA ZON SELATAN
BANDA HILIR 1 November – Melaka berpotensi menjadi negeri pertama di Zon Selatan Semenanjung Malaysia yang memperoleh pengiktirafan Geopark Kebangsaan...
PRN MELAKA: ‘14 NOVEMBER HARI JADI RAKYAT’
KLEBANG 1 November - Tarikh 14 November disifatkan sebagai ‘Hari Jadi Rakyat’ apabila pengundi bakal menentukan hala tuju kepimpinan dan...
TOK LI MAHU NAIK TARAF KEMUDAHAN NELAYAN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 1 November - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah, mahu menambah baik kemudahan...


