
Bayi enam bulan maut ditetak
KINABATANGAN, 11 Mei – Seorang bayi berusia enam bulan maut dipercayai akibat ditetak oleh datuk saudaranya di Kampung Ubi Sungai Pauh di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Superintenden Dzulbaharin Ismail berkata ibu bayi itu, seorang warga asing berumur 35 tahun, cedera parah dalam insiden yang berlaku pada kira-kira 2 petang.
“Bayi perempuan berumur enam bulan meninggal dunia di tempat kejadian akibat ditetak di bahagian kepala.
“Ibunya pula cedera parah di bahagian belakang tengkuk dan telinga kirinya hampir putus,” menurut beliau dalam kenyataan hari ini.
Dzulbaharin berkata kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan dan tindakan lanjut.
Beliau berkata polis berjaya mengesan suspek iaitu seorang warga Filipina berusia 60 tahun di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran lokasi kejadian dan merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam insiden itu.
Katanya polis belum mengenal pasti motif kejadian dan suspek, yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan mangsa sebelum ini, direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...


