
Lelaki gagal larikan wang dalam mesin ATM di Tanah Merah
TANAH MERAH, 18 Mei – Seorang lelaki gagal melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan mesin pencanai (grinding machine) dalam satu kejadian di sebuah bank, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Wan Zulfikri Wan Othman berkata kejadian itu dilaporkan pihak bank terbabit pada 7.16 pagi selepas menyedari salah sebuah ATM di premis itu rosak serta terdapat kesan dicanai di bahagian bawah.
Beliau berkata semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar premis itu menunjukkan seorang lelaki dilihat berjalan kaki dengan membawa sebuah kerusi plastik memasuki ruang menempatkan mesin ATM pada pukul 1.59 pagi.
“Suspek turut bertindak menutup CCTV dengan menggunakan pita pelekat selain kertas minyak pada pintu utama ruang berkenaan bagi mengelak perbuatannya dilihat.
“Suspek didapati berusaha hampir dua jam untuk cuba melarikan wang tunai di mesin ATM terbabit sebelum keluar semula pada 3.15 pagi dengan menggalas beg,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Wan Zulfikri berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMANDU KREN DIREMAN DISYAKI DERA ANAK SAUDARA
KANGAR 7 September - Seorang lelaki direman dipercayai mendera anak saudara lelakinya berusia enam tahun di sebuah rumah di Jalan...
SAMBUTAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT DUN PAYA RUMPUT MERIAH
PAYA RUMPUT 7 September - Pekarangan Stadium Hang Jebat meriah dengan kehadiran ribuan penduduk sekitar sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan...
KERAJAAN NEGERI TELITI ISU NELAYAN TERJEJAS, MUARA CETEK DI PANTAI SIRING
PAYA RUMPUT, 7 September – Kerajaan Negeri akan meneliti serta mencari jalan penyelesaian sewajarnya berhubung aduan nelayan Pantai Siring, Umbai...
DUN PAYA RUMPUT SEMARAK PATRIOTISME, SAMBUTAN MERDEKA JADI ACARA TAHUNAN
PAYA RUMPUT 7 September - Penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput 2025...
700 MERIAHKAN KEJOHANAN PIALA KETUA BAHAGIAN MASJID TANAH
LENDU 7 September - Lebih 700 atlet dan pegawai memeriahkan Kejohanan Sukan Piala Ketua Bahagian Masjid Tanah berlangsung di Kompleks...
CABARAN 10 KILOMETER MENELUSURI SUNNAH RASULULLAH
BANDARAYA MELAKA 7 September – Lebih 100 peserta mencabar diri dengan menelusuri sunnah dan sirah Rasulullah SAW secara interaktif melalui...