
Harga petrol RON97 naik lagi
KUALA LUMPUR, 18 Mei – Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM4.31 seliter kepada RM4.33 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu sehingga 25 Mei.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini, petrol RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel RM2.15, meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM TUMBANG TIGA LEMBU SEMPENA KORBAN PERDANA MUALAF
BUKIT KATIL 21 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Kompleks Darul Huda, Balai Islam di Kesidang akan menumbangkan...
WRUR KOTA LAKSAMANA: SUASANA KAMPUNG TENGAH BANDAR TARIKAN VILLA CMI
KOTA LAKSAMANA 21 Mei - Keunikan Villa CMI di Kampung Morten yang mengetengahkan konsep kampung tradisional berpotensi menjadi antara produk...
#BeSMART COWBOYS PERTAHAN GELARAN ‘RAJA RAGBI’ B12 MELAKA
AYER KEROH 21 Mei – Kekurangan fasiliti latihan bukanlah alasan untuk tidak melakar sejarah. Itu yang dibuktikan pasukan ragbi Sekolah...
WRUR KOTA LAKSAMANA: BANJIR KILAT ANTARA ADUAN RAKYAT YANG AKAN DISELESAIKAN
KOTA LAKSAMANA 21 Mei - Isu banjir kilat yang membelenggu penduduk antara 46 aduan yang diterima sempena Program Wakil Rakyat...
MFH SALUR RM54.5 JUTA BANTU RAKYAT MELAKA MILIKI KEDIAMAN
BANDARAYA MELAKA 21 Mei - Sebanyak RM54.5 juta telah diluluskan oleh Melaka Finance House Berhad (MFH) bagi pembiayaan pinjaman di...
SELEWENG ‘FLEET CARD’ 4 LELAKI DITAHAN KPDN
AYER KEROH 21 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menahan empat lelaki selepas dipercayai...


