
Isu jalan mendap Taman Rambai Jaya selesai – ADUN
PAYA RUMPUT 19 Mei – Isu jalan mendap dan berlubang yang menimbulkan ketidakselesaan penduduk di sekitar jalan di Taman Rambai Jaya, di sini telah diselesaikan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata pihaknya menerusi pemimpin masyarakat di taman perumahan terbabit berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan bantuan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), semalam (18 Mei).
Katanya, kerja-kerja membaik pulih jalan itu mengambil tempoh masa yang singkat demi memudahkan penduduk menggunakan laluan terbabit dengan selesa.
“Alhamdulillah,selesai kerja-kerja menurap semula jalan di Taman Rambai Jaya yang telah mendap dan berlubang sebelum ini setelah kita menerima aduan dari orang awam.
“Terima kasih diucapkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan.
“Semoga segala usaha yang dilakukan ini dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada rakyat,” ujarnya menerusi laman Facebook rasminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...

