
Anak tak sihat tidak perlu hantar ke taska, tadika- EXCO
KRUBONG 21 Mei – Ibu bapa dinasihatkan supaya mengambil tanggungjawab dengan tidak menghantar anak mereka ke tadika atau taska sekiranya didapati tidak sihat.
EXCO Pendidikan negeri, Datuk Rais Yasin berkata ia bagi mengelak berlakunya peningkatan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang menjejaskan kesihatan anak-anak.
“Di Melaka juga terjejas penyakit ini, saya percaya Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sedang mengambil tindakan sewajarnya.
“Ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati dan pastikan anak-anak berada dalam keadaan baik.
“Selaku ibu bapa atau waris perlu ambil tanggungjawab kalau anak kita ada tanda-tanda penyakit HFMD jangan hantar ke Taska atau tadika,” katanya.
Beliau berkata ketika ditemui MHI di Masjid Cina Krubong di sini, hari ini.
Terdahulu sebanyak 20 premis di negeri ini diarahkan ditutup setakat 18 Mei lalu susulan penularan penyakit HFMD.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, penutupan itu membabitkan enam taska, lapan tadika, dua pusat jagaan dan empat pusat persendirian.
Beliau berkata, jumlah itu dijangkakan akan meningkat sekiranya tiada langkah pencegahan dalam kalangan ibu bapa dan pusat jagaan kanak-kanak dalam mencegah penularan HFMD.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN MASJID DUN AYER LIMAU SEMARAK RAMADAN, SASAR 700 PESERTA TADARUS
AYER LIMAU 19 Februari - Sebanyak sembilan masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau akan menganjurkan pelbagai program kerohanian...
RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN SANTUNI 38 ANAK YATIM RAYSAS
PANTAI KUNDOR 19 Februari - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyantuni penghuni Rumah Anak-Anak...
LEGENDA MUZIK ‘ZAITON SAMEON’ BERSINAR DI BAZAR IKONIK BANDA HILIR
BANDA HILIR 19 Februari - Pada usia 70 tahun, legenda muzik 'Zaiton Sameon' masih memukau dan membuktikan semangat berkaryanya tidak...
20,000 PENGUNJUNG SERBU BAZAR IKONIK BANDA HILIR
Banda Hilir 19 Februari – Bazar Ikonik Banda Hilir mencatat kehadiran 20,000 pengunjung sepanjang tujuh hari pembukaannya sempena cuti panjang...
PACU EKONOMI ANAK MUDA PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 19 Februari - Menggilap potensi anak muda menjadi antara fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput,...
MELAKA JEMPUT PELANCONG RASAI PENGALAMAN IFTAR, KACAU DODOL
BANDA HILIR 19 Februari - Kira-kira 2,000 pengunjung dan pelancong dijangka membanjiri perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir bersempena majlis...
