20,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Lendu

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

MASJID TANAH 21 Mei – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 20,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Turut hadir ke majlis tersebut, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman yang tiba di Kompleks Sukan Masjid Tanah pada jam 9.23 malam.

Ketibaan Mohd Ali dan Asmah disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan isteri, Datin Seri Utama Munira M Yusof.

Turut memeriahkan sambutan barisan EXCO kerajaan negeri dan tetamu kenamaan yang lain.

Terdahulu, orang ramai mula membanjiri kompleks berkenaan seawal jam 8 malam dan mereka turut mengambil kesempatan untuk merakam gambar bersama pemimpin negeri itu.

ORANG ramai yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar bersama Sulaiman.

Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu bersama isteri tidak melepaskan peluang menyantuni orang ramai yang duduk di setiap meja yang disediakan.

Pelbagai juadah menarik termasuk kambing bakar, sate, lemang,rendang dan aneka kuih-muih dihidangkan di lebih 20 gerai dan trak makanan.

Sepanjang sambutan malam itu pengunjung turut dihiburkan dengan dendangan daripada kumpulan Santai Buskers.

Sambutan itu juga merupakan julung kali diadakan di negeri ini selepas Sulaiman menampuk kepimpinan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Suasana kali ini dilihat begitu meriah diraikan memperlihatkan ia dinantikan orang ramai setelah negara melepasi fasa endemik berbanding dua tahun lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

830
Kongsi :
Previous post Anak tak sihat tidak perlu hantar ke taska, tadika- EXCO
Next post Terima kasih orang Melaka, meriahkan rumah terbuka – Sulaiman
Ubah saiz-+=