
Empat pelajar mengaku bersalah pukul junior
SEREMBAN, 23 Mei – Empat pelajar lelaki tingkatan empat dan tiga sebuah sekolah menengah di sini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan memukul seorang pelajar junior pada 13 Mei lepas.
Tiga tertuduh yang berumur 16 tahun dan seorang lagi 15 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.
Kesemua pelajar berkenaan didakwa secara bersama dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas seorang pelajar berusia 13 tahun dengan memukulnya kira-kira pukul 12 tengah malam pada 13 Mei lepas di asrama putera sekolah berkenaan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Muhaimin Mohd Azman dan kesemua mereka tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 22 Jun ini sebagai sebutan semula kes untuk jatuh hukum dan laporan akhlak.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
