
Piala Tun Abdul Razak 2020: Skuad hoki wanita Pahang ‘benam’ Melaka
AYER KEROH 29 Sept. – “Kita sudah berikan yang terbaik untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seri, namun Pahang memiliki beberapa pemain yang menghasilkan ‘game changer’ kali ini,” luah Pengurus Pasukan Hoki Wanita Melaka Adila Fazleen Che Manan.
Skuad Melaka gagal mara ke pusingan seterusnya dalam kempen Piala Piala Tun Abdul Razak 2020 selepas tewas 4-0 kepada Pahang sebentar tadi.
Dalam saingan penentuan mara ke separuh akhir sebentar tadi, pemain Pahang, Nur Zafirah Aziz, Nur Syaza Afiqah Safawi, Nur Airsha Muhd Asrul Effandi dan Norazlin Sumantri masing-masing menyumbat satu jaringan untuk mara ke pusingan seterusnya.
Walaupun segalanya tampak berakhir jelas Adila, sasarannya kini adalah menutup tirai edisi kali ini di kedudukan terbaik.
“Masih meneruskan perjuangan bagi mendapatkan tempat terbaik,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Dalam edisi ini, Melaka diundi bersama Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak dalam kumpulan B.
Sementara itu, Kuala Lumpur turut mengikuti jejak Pahang selepas menewaskan Sarawak 4-0 pagi tadi.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF TERHARU JUALAN MURAH DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA ORANG MASJID TANAH
MASJID TANAH 30 Oktober - Lebih 3,000 penduduk sekitar Masjid Tanah sanggup beratur untuk membeli ayam ditawarkan pada harga RM5...
PRN MELAKA: 189 BORANG PENCALONAN DIBELI, 45 INDIVIDU BAYAR DEPOSIT
PAYA RUMPUT 30 Oktober β Sebanyak 189 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah dibeli setakat malam...
PRN MELAKA: 189 BORANG CALON DIBELI, 45 SUDAH BAYAR DEPOSIT – SPR
PAYA RUMPUT 30 Oktober - Sebanyak 189 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 telah dibeli setakat...
PRN MELAKA: BIAR KERJA BERBICARA, BUKAN SEKADAR JANJI – CALON PN AYER KEROH
BUKIT KATIL 30 Oktober - Mengutamakan khidmat kepada rakyat berbanding menabur janji menjadi pendekatan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan...
KONDA-KONDI, DAM AJI JADI TARIKAN PELANCONG ASING DI FESTIVAL SILANG BUDAYA MELAKA
BANDARAYA MELAKAΒ 30 Oktober - Inisiatif Kerajaan Negeri Melaka mengetengahkan sukan rakyat seperti konda kondi dan dam aji pada Festival...
PRN MELAKA: PN MAHU JADIKAN MELAKA LANDASAN PENYATUAN UMMAH
BUKIT KATIL 30 Oktober - Perikatan Nasional (PN) mahu menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sebagai landasan memperkukuh penyatuan...
