
Rancang baik pulih 30 kediaman B40
TABOH NANING 23 Julai – Permohonan membaik pulih 30 kediaman di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning akan dilaksanakan segera selepas mendapat kelulusan peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin berkata, susulan aduan dan hasil tinjauan dilakukan pihaknya sudah membuat permohonan bagi mendapatkan peruntukan berkenaan.
“Perkara ini menjadi keutamaan saya, kerana kediaman terbabit adalah tempat berteduh keluarga tergolong sebagai kumpulan B40, mereka ini kurang mampu untuk melaksanakan kerja baik pulih itu sendiri.
“Majoriti kerosakan atau bahagian perlu dibaik pulih membabitkan bumbung, berikutan itu kami mencadangkan agar bahagian berkenaan digantikan dengan yang baharu,” katanya.
Beliau berkata, demikian Selepas meninjau kediaman yang memohon peruntukan baik pulih berkenaan di Kampung Melekek Luar dan Kampung Rantau Panjang 21 Julai lalu.
Zulkiflee berkata, nasib kumpulan B40 di DUN itu sentiasa diberikan perhatian dan diperjuangkan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dalam suasana lebih selesa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...
GELANGGANG BADMINTON SATUKAN WANITA
AYER KEROH 13 Ogos - Penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang sukan bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah...
