
MOTAC tiada kaitan dengan Konsert Rakyat Melaka
Dalam satu kenyataan hari ini, MOTAC berkata ia tidak menerima permohonan daripada pihak penganjur (Jojo Events) untuk bekerjasama bagi konsert tersebut sebaliknya syarikat itu hanya mengemukakan permohonan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) bagi penganjuran program itu.
“Justeru, kenyataan yang menyatakan konsert tersebut dianjurkan dengan kerjasama MOTAC adalah tidak benar sama sekali,” katanya merujuk kepada sebuah laporan portal yang mendakwa ‘Konsert Rakyat Melaka’ diadakan dengan kerjasama MOTAC.
MOTAC berkata ia sentiasa menyokong program berbentuk kesenian dan kebudayaan namun memandang serius terhadap sebarang penyalahgunaan nama kementerian bagi tujuan promosi, publisiti ataupun mendapatkan dana daripada mana-mana pihak. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
27 PENIAGA MEDAN SELERA SAMUDERA NIKMATI SEWAAN PERCUMA DUA BULAN
BANDAR HILIR 6 November - Seramai 27 peniaga di Medan Selera Samudera, Banda Hilir menerima manfaat pengecualian bayaran sewaan selama...
PRN MELAKA: ‘TIGA TAHUN KITA MEMANG SELARI’ – RAIS
SUNGAI UDANG 6 November – Pentadbiran Melaka menjalinkan hubungan kerjasama yang amat baik dengan Kerajaan Persekutuan sepanjang tiga tahun lalu demi...
PRN MELAKA: UNCLE WONG ANGGAP HELMY ‘BFF’, PUJI KEIKHLASANNYA BANTU RAKYAT
DUYONG 6 November - Hubungan terjalin sejak lima tahun lalu lebih daripada seorang Yang Berhormat dan rakyat, sebaliknya dianggap cukup...
PRN MELAKA: ANAK MUDA MAHU KECEMERLANGAN PENTADBIRAN AB RAUF DITERUSKAN
SUNGAI UDANG 6 November - Anak muda Melaka mahu melihat kesinambungan kecemerlangan pentadbiran negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘TOK AJAK’ CAKNA KESELESAAN RAKYAT
TELOK MAS 6 November - Keprihatinan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman...
PRN MELAKA : PENYELESAIAN ISU BANJIR KILAT, PENYELENGGARAAN LONGKANG JADI KEUTAMAAN RIDZUAN
BUKIT KATIL 6 November – Penyelesaian isu banjir kilat dan penyelenggaraan longkang antara fokus calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri...
