
Van sekolah terbabas, 17 cedera
SUNGAI PETANI, 16 Ogos – Seorang kanak-kanak perempuan patah tangan kanan, manakala 15 lagi kanak-kanak mengalami cedera ringan selepas van sekolah yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan berhampiran Taman Rhu, Tikam Batu dekat sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata seorang lelaki berusia 50 tahun yang juga pemandu van berkenaan mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala.
“Dalam kejadian kira-kira 7.40 pagi itu, van sekolah terbabit terbabas ke dalam parit di bahu jalan, bagaimanapun tiada mangsa yang tersepit.
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 8 hingga 10 tahun mengalami patah tangan kanan, manakala 10 kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kakak perempuan, berusia lingkungan 7 hingga 12 tahun mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohamadul Ehsan, kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
“Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu telah memberi rawatan awal dan membawa tiga mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan ke hospital manakala mangsa lain dihantar oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan),” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TVET TAHFIZ: DUNIA DAPAT, AKHIRAT TAK RUGI
TABOH NANING 19 Mei - Gabungan ilmu al-Quran dan kemahiran menerusi Program TVET Tahfiz melahirkan individu Muslim yang memiliki pengetahuan...
ROCK MELON SATUKAN KOMUNITI MELAKA PINDAH
MACHAP JAYA 19 Mei – Bermula daripada tanah lapang yang sekian lama terbiar, sekumpulan penduduk di Kampung Tersusun Melaka Pindah...
MAIM SASAR 4,000 PEK PROJEK SUNDUK KORBAN TAHUN INI
AYER KEROH 19 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Projek Sunduk Korban yang digerakkan bersama Gabungan Dakwah Melaka...
PESARA POLIS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DI RUMAH
BUKIT KATIL 19 Mei - Seorang pesara polis ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Katil di sini...
DGR MELAKA 2026: MENARA TAMING SARI LOKASI IKONIK PERMOTORAN
BANDA HILIR 19 Mei - Menara Taming Sari terus mencuri tumpuan sebagai lokasi sesuai penganjuran The Distinguished Gentleman’s Ride (DGR)...
MAIM SASAR 150 SAUDARA BAHARU PELUK ISLAM TAHUN INI
BUKIT KATIL 18 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan seramai 150 individu memeluk Islam di negeri ini sepanjang...
