
RM67,000 untuk tuisyen percuma anak-anak B40
REMBIA 12 September – Sebanyak RM67,000 dibelanjakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia bagi membiayai Program Tuisyen Percuma untuk anak-anak golongan B40.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, perbelanjaan itu adalah bagi tempoh Januari hingga bulan ini.
Katanya, fokus diberikan kepada anak-anak golongan B40 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Atas sambutan yang memberansangkan program ini akan diteruskan setiap tahun, tenaga pengajar pula adalah dalam kalangan guru sekolah.
“Selain itu anak-anak DUN Rembia yang memperoleh keputusan cemerlang dan mempunyai gred A dalam SPM, bermula 9A ke 1A akan menerima insentif,” katanya.
Beliau berkata, selepas merasmikan Karnival Hari Keluarga Rembia dan Hari Bertemu Rakyat Dun Rembia 2022 di Kompleks Japerun Rembia, di sini, semalam.
Pada majlis itu Muhammad Jailani yang juga Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, menyampaikan insentif kepada 79 pelajar cemerlang SPM.
Enam pelajar cemerlang memperoleh keputusan 9A, 8A (2); 7A (7); 6A (9) dan 5 A ke bawah seramai 56 penerima.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM SASAR 150 SAUDARA BAHARU PELUK ISLAM TAHUN INI
BUKIT KATIL 18 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan seramai 150 individu memeluk Islam di negeri ini sepanjang...
MELAKA MAHU PENUNTUT TVET SENTIASA ‘INDUSTRY READY’
TABOH NANING 18 Mei - Institut Teknologi Automotif Termaju Proton (Proton Institute) memainkan peranan amat penting dalam terus memperkukuhkan lagi...
ANAK TVET MELAKA PERLU JADI PENCETUS INOVASI
TABOH NANING 18 Mei - Penuntut kursus Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh terus berada dalam zon selesa dengan...
TVET TAHFIZ: MELAKA MAHU LAHIRKAN INSAN BERILMU, BERTEKNOLOGI
TABOH NANING 18 Mei - Lebih banyak peluang akan diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pelajar tahfiz seluruh Melaka untuk...
MELAKA CADANG KPM TARIK BANTUAN PELAJAR KERAP PONTENG
PENGKALAN BATU 18 Mei - Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya supaya menarik balik bantuan persekolahan diberikan...
KIKIS PERSEPSI TVET BIDANG PILIHAN KEDUA
TABOH NANING 18 Mei - Pemerkasaan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai bidang pilihan utama bukan sahaja melibatkan proses melahirkan...

