
Banjir: Dua PPS dibuka di Melaka
AYER KEROH 16 September – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Melaka susulan banjir kilat yang berlaku, awal pagi tadi.
Dua PPS itu ialah di Balai Raya Bukit Tambun dan Balai Raya Bukit Balai, di Durian Tunggal, dalam Daerah Alor Gajah.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua PPS itu dibuka bermula jam 1 petang tadi berikutan banjir masih belum surut.
Kata kenyataan itu, PPS Balai Raya Bukit Tambun kini menempatkan lapan mangsa daripada empat keluarga, manakala PPS Balai Raya Bukit Balai menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga.
“Setakat ini, terdapat 15 kawasan masih terjejas dengan banjir membabitkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.
“Selain Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai, turut terjejas ialah Pengkalan Rama Pantai, Bukit Bayan, Bukit Beruang Utama, Taman Desa Duyong, Semabok Dalam, Kampung Solok Bukit Baru Duyong dan Jambatan Duyong.
“Turut terjejas, Permatang Duyong, Duyong Tengah, Bukit Duyong, Tampoi, Kampung Ayer Molek dan Kampung Kandang,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
GERHANA BULAN PENUH, TYT HADIR PROGRAM CERAPAN DI DATARAN ISLAM
PENGKALAN BATU 8 September - Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh 2025: Melaka Bermunajat di Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim malam...
KEJOHANAN TARIAN SINGA SEMARAKKAN HARI MALAYSIA DI MELAKA MALL
AYER KEROH 8 September – Kemeriahan sambutan Hari Malaysia bakal digamatkan lagi dengan persembahan penuh warna-warni sepanjang Kejohanan Tarian Singa...
PEMANDU KREN DIREMAN DISYAKI DERA ANAK SAUDARA
KANGAR 7 September - Seorang lelaki direman dipercayai mendera anak saudara lelakinya berusia enam tahun di sebuah rumah di Jalan...
SAMBUTAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT DUN PAYA RUMPUT MERIAH
PAYA RUMPUT 7 September - Pekarangan Stadium Hang Jebat meriah dengan kehadiran ribuan penduduk sekitar sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan...
KERAJAAN NEGERI TELITI ISU NELAYAN TERJEJAS, MUARA CETEK DI PANTAI SIRING
PAYA RUMPUT, 7 September – Kerajaan Negeri akan meneliti serta mencari jalan penyelesaian sewajarnya berhubung aduan nelayan Pantai Siring, Umbai...
DUN PAYA RUMPUT SEMARAK PATRIOTISME, SAMBUTAN MERDEKA JADI ACARA TAHUNAN
PAYA RUMPUT 7 September - Penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput 2025...