
Banjir: Dua PPS dibuka di Melaka
AYER KEROH 16 September – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Melaka susulan banjir kilat yang berlaku, awal pagi tadi.
Dua PPS itu ialah di Balai Raya Bukit Tambun dan Balai Raya Bukit Balai, di Durian Tunggal, dalam Daerah Alor Gajah.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua PPS itu dibuka bermula jam 1 petang tadi berikutan banjir masih belum surut.
Kata kenyataan itu, PPS Balai Raya Bukit Tambun kini menempatkan lapan mangsa daripada empat keluarga, manakala PPS Balai Raya Bukit Balai menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga.
“Setakat ini, terdapat 15 kawasan masih terjejas dengan banjir membabitkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.
“Selain Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai, turut terjejas ialah Pengkalan Rama Pantai, Bukit Bayan, Bukit Beruang Utama, Taman Desa Duyong, Semabok Dalam, Kampung Solok Bukit Baru Duyong dan Jambatan Duyong.
“Turut terjejas, Permatang Duyong, Duyong Tengah, Bukit Duyong, Tampoi, Kampung Ayer Molek dan Kampung Kandang,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PRN MELAKA: GAGAL CARI KELEMAHAN, SERANGAN PERIBADI BAKAL JADI SENJATA LAWAN
TELOK MAS 26 Oktober - Serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) di DUN Duyong dan Telok Mas dijangka menjadi...
PRN MELAKA: TOK AJAK SASAR BN, RAKAN STRATEGIK RAMPAS DUN KESIDANG
TELOK MAS 25 Oktober - Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Melaka menyasarkan untuk menambah satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri...
PRN MELAKA: BN DIINGATKAN JANGAN PANDANG RINGAN PIHAK LAWAN – AB RAUF
TELOK MAS 25 Oktober - Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak memandang ringan kelebihan pihak lawan pada Pilihan Raya...
KAMPUNG DIGITAL MELAKA BAKAL JADI RUJUKAN ASIA TENGGARA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Inovasi Kampung Digital Melaka yang mentransformasikan kampung tradisional dengan sistem alamat rumah berstruktur berpotensi menjadi...
PRN MELAKA : AKMAL MAHU PENGUNDI MERLIMAU NILAI REKOD PRN LALU
AYER KEROH 25 Oktober – Mahu pengundi menilai rekod sepanjang menjadi wakil rakyat, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berharap kepercayaan...
PRN MELAKA: SITI AISYAH MAHU TERUSKAN MOMENTUM PEMBANGUNAN PENGKALAN BATU
AYER KEROH 25 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood berhasrat...


