Mangsa banjir di dua PPS Melaka meningkat

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 16 September – Mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Alor Gajah meningkat setakat jam 4 petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa yang ditempatkan di dua PPS kini ialah seramai 29 orang berbanding 21 pada 1 tengah hari tadi.

Katanya, 29 mangsa itu membabitkan sembilan buah keluarga dari Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai, Durian Tunggal.

“Setakat ini terdapat 22 kawasan masih terjejas banjir dari ketiga-tiga daerah.

“Daerah Alor Gajah hanya membabitkan dua buah kampung terjejas iaitu Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai yang mana mangsa ditempatkan di PPS balai raya kampung berkenaan.

APM Melaka memaklumkan, antara kawasan yang masih terjejas di Daerah Melaka Tengah ialah Pengkalan Rama Pantai, Bukit Bayan, Bukit Beruang Utama, Taman Desa Duyong, Semabok Dalam, Kampung Solok Bukit Baru Duyong, Jambatan Duyong, Permatang Duyong, Duyong Tengah, Bukit Duyong, Tampoi, Kampung Ayer Molek dan Kampung Kandang.

“Manakala daerah Jasin membabitkan Kampung Kilang Berapi, Kampung Merlimau Pasir, Pesisir Sungai Merlimau, Taman Merlimau Megah, Taman Seri Merlimau, Kampung Paya Lengkong dan Kampung Sri Tanjung.

“Namun, masih belum ada PPS dibuka di Daerah Melaka Tengah dan Jasin setakat ini,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2580
Kongsi :
Previous post Banjir: Dua PPS dibuka di Melaka
Next post Nelayan hilang dalam insiden bot karam ditemukan lemas
Ubah saiz-+=