
MU sah kekal di Liga Super musim depan
MELAKA 3 Okt. – Melaka United (MU) berjaya mengesahkan tempat untuk beraksi di saingan Liga Super musim depan, meski pun masih berbaki dua perlawanan.
Ia selepas pasukan di tangga ke-11 liga, Felda United, tewas 0-3 di tangan Terengganu FC (TFC) di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, sebentar tadi.
Dalam perlawanan itu, Felda United kendalian Mohd Nidzam Jamil, memerlukan tiga mata penuh untuk menghidupkan peluang kekal di Liga Super, sebelum aksi penutup tirai minggu depan.
Bagaimanapun, segalanya kelihatan serba tak kena buat The Fighters apabila dibolosi seawal minit ke-5 hasil jaringan penyerang import TFC, Dominique Da Silva, sebelum Shanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck menggandakan jaringan pada minit ke-37 dan 65.
Dengan kekalahan itu, Felda United kekal di tangga ke-11 Liga Super dengan mengutip tujuh mata dengan baki hanya satu perlawanan lagi.
Melaka United yang kini di tangga ke-8 liga dengan mengutip 11 mata pula masih berpeluang memperbaiki kedudukan dalam baki dua perlawanan lagi.
Isnin ini, skuad Hang Tuah bakal ditentang Kedah untuk aksi ke-10 Liga Super yang dijadual berlangsung di Stadium KLFA Cheras.
Views:
Related


Berita Lain
EDRA SUMBANG RM40,000 BANTU 150 KELUARGA DI DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 29 Oktober - Seramai 150 keluarga daripada 14 kampung seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menerima manfaat...
FELCRA TANGGUNG YURAN PENGAJIAN ANAK PESERTA CEMERLANG – TPM
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad akan menanggung sepenuhnya yuran pengajian anak peserta yang memperoleh semua A dalam peperiksaan...
BANTUAN DEEPAVALI BUKAN GULA-GULA PRN – AB RAUF
LENDU 29 Oktober – Bantuan sempena sambutan Deepavali di Melaka tetap akan disalurkan kepada maysarakat India, meskipun bukan pada musim...
FELCRA AGIH KEUNTUNGAN RM190.6 JUTA, NAIK 50.2 PERATUS
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad mengumumkan Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2026 berjumlah RM190.6 juta bagi projek peserta di...
SYARIKAT JANAKUASA ELEKTRIK RANCANG PELABURAN RM6 BILION DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 29 Oktober – Sebuah syarikat janakuasa elektrik di Tanjung Bidara merancang pelaburan baharu bernilai RM6 bilion yang dijangka...
PRN MELAKA: BN PASTIKAN SEMUA KAUM ADA SUARA – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 29 Oktober - Barisan Nasional (BN) terus memberi ruang kepada masyarakat pelbagai kaum untuk diwakili dalam kepimpinan negeri...
