
Pelajar Madrasah ditemukan lemas di Langkawi
ALOR SETAR, 3 Oktober – Seorang pelajar madrasah dari Banting, Selangor ditemukan lemas di Hutan Lipur Lubuk Semilang di Langkawi hari ini.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata mayat pelajar lelaki berusia 15 tahun itu ditemukan pada 11.40 pagi.
Beliau berkata menurut saksi, sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain air bersama tujuh rakan lelakinya berusia antara 15 dan 16 tahun sebelum dia dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai di kawasan berkenaan.
“Beberapa rakan cuba menyelamatkan mangsa tetapi usaha mereka tidak berjaya sebelum seorang daripada saksi di situ menghubungi pihak bomba.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.55 pagi dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi telah dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zamani berkata mayat pelajar itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAOP RAIKAN PESARA POLIS, BAKAL HAJI PARLIMEN MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 12 April - Kebajikan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bakal haji dalam Parlimen Masjid Tanah dijadualkan berlepas...
ALOR GAJAH: KAMPUNG KITA, SEMAI SEMANGAT CINTAKAN MELAKA
GADEK 12 April - Konsep Alor Gajah: Kampung Kita dibawakan sempena siri ke-12 Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR UBAH BIROKRASI, SELESAIKAN 1,983 ADUAN RAKYAT MELAKA
GADEK 12 April - Penyelesaian masalah pada kadar segera membuktikan keberkesanan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang kini memasuki...
OPERASI PEMBENIHAN AWAN TUNJUK HASIL POSITIF, MELAKA PERGIAT USAHA JAMIN BEKALAN AIR
AYER KEROH 12 April - Langkah segera Kerajaan Negeri melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) menunjukkan perkembangan positif apabila beberapa kawasan...
TOK RAOP UMUM KELULUSAN PERMOHONAN TANAH, DEWAN BAHARU DI GADEK
GADEK 12 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan dua khabar gembira untuk orang Gadek pada...
KERAJAAN MELAKA TAK PERNAH DUDUK TENANG, SENTIASA CAKNA HAL RAKYAT
GADEK 12 April - Pentadbiran Kerajaan Melaka yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sentiasa sibuk demi...

