Empat penjuru di Hang Tuah Jaya

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 5 November – Pilihan Raya Umum Parlimen Hang Tuah Jaya 19 November ini secara rasminya menyaksikan persaingan empat penjuru.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus turus pilihan raya bagi P137, Datuk Md Azhan Samat kira-kira jam 10.30 pagi.

Empat calon tersebut terbabit ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, calon Pakatan Harapan (PH), Adam Ali Abd Halim, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Azrudin Md Idris dan calon Pejuang, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh.

photo_2022-11-05_10-52-51
Calon Pakatan Harapan Parlimen Hang Tuah Jaya (P.137), Adam Adli Abdul Halim hadir di Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Umum ke-15, P.137 Hang Tuah Jaya di Dewan Bistari, Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

Kesemua mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tamat tempoh penamaan pada jam 10 pagi tadi.

Proses semakan dan cabut undi pada kertas undian selesai tanpa penolakan atau bantahan dikemukakan mana-mana pihak.

Mengikut undian yang dijalankan Adam Adli (PH) diletakkan sebagai calon nombor 1, diikuti Sheikh Ikhzan dari parti Pejuang untuk calon nombor 2, Mohd Ridhwan (BN) sebagai calon nombor 3 dan Mohd Azrudin (PN) sebagai calon nombor 4.

photo_2022-11-05_11-30-24
PERTEMBUNGAN empat penjuru di Hang Tuah Jaya. Foto MR Azli

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai tarikh mengundi PRU15 dan pengundian awal pada 15 November ini.

Untuk rekod, Parlimen Hang Tuah Jaya memiliki seramai 118,493 pengundi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4150
Kongsi :
Previous post Ribut petir, hujan dijangka berlaku selama tiga hari di seluruh negara
Next post Proses penamaan calon Kota Melaka selesai
Ubah saiz-+=