
Amy Search gamatkan DUN Ayer Limau
AYER LIMAU 17 November – Kehadiran Lagenda rock Malaysia Datuk Amy Search gamatkan suasana Ceramah Perdana PRU15 DUN Ayer Limau di Pusat Perniagaan Lubuk China, malam ini.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman turut menyanyikan lagi popular Search Fantasia Bulan Madu yang menarik perhatian orang ramai khusus orang muda yang hadir pada kempen pecutan akhir oleh Barisan Nasional (BN) meskipun gerimis melanda di tapak program.
Beliau turut mengingatkan orang ramai khusus orang muda agar membuat pilihan tepat pada hari mengundi Sabtu ini.
Hadir sama pada program itu calon BN bagi kerusi P134 Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENERBANGAN PEKANBARU-MELAKA RANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN KESIHATAN
AYER KEROH 9 Jun - Pembukaan semula laluan udara antara Pekanbaru-Melaka dimanfaatkan oleh Melaka untuk memperkukuhkan lagi kedudukan negeri ini...
MPAG TERIMA ANUGERAH PERDANA KESELAMATAN PERLINDUNGAN 2025
ALOR GAJAH 9 Jun – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila menerima Anugerah Perdana Keselamatan...
KANSER SERVIKS, ‘PEMBUNUH’ UTAMA KAUM HAWA
Oleh: Dr. Nor Idyani Abd Rashid Pakar Sakit Puan & Perbidanan Oriental Melaka Straits Medical Centre KANSER serviks, juga dikenali...
CEPER HIDUPKAN KEMBALI NOSTALGIA PERMAINAN KANAK-KANAK
AYER KEROH 9 Jun – Permainan tradisional ceper yang pernah menjadi hiburan zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu kembali dihidupkan menerusi...
ZOO MELAKA JADI DESTINASI PILIHAN CUTI SEKOLAH
AYER KEROH 9 Jun - Zoo Melaka terus membuktikan reputasinya sebagai destinasi pelancongan berasaskan haiwan dan pembelajaran pilihan ramai apabila...
TIPU BELIAN ONLINE PALING BANYAK PERANGKAP MANGSA DI MELAKA
AYER KEROH 9 Jun – Jenayah siber di Melaka menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila sebanyak 917 kes direkodkan bagi tempoh Januari...
