
GRS sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri
KOTA KINABALU, 21 November – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menyatakan pendirian untuk menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketua Menteri Sabah itu berkata GRS juga bersetuju untuk membentuk kerajaan Persekutuan bersama PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti lain yang bersedia bekerjasama untuk tujuan itu.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Muhyiddin dalam satu pertemuan dengan pemimpin GRS di Kuala Lumpur semalam yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.
“GRS berpandangan adalah perlu pembentukan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan pada kadar segera untuk memastikan kerajaan dapat berfungsi sepenuhnya, khususnya dalam memuktamadkan penggubalan belanjawan untuk 2023.
“GRS sentiasa komited untuk membawa citra kesatuan demi kepentingan rakyat dan tanah air,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15, GRS memenangi enam kerusi Parlimen daripada 13 kerusi yang ditandingi parti itu di Sabah manakala Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mempertahankan Parlimen Beluran atas tiket PN.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH RM14 JUTA PERKUKUH PEMBANGUNAN MELAKA GEOPARK
BANDA HILIR 1 November – Lebih RM14 juta diperuntukkan dan diluluskan bagi memperkukuh pembangunan Aspiring Melaka Geopark termasuk menyediakan kemudahan...
PRN MELAKA: RAMAI MAHU JADI ‘GENG BIRU’ DI KLEBANG
KLEBANG 1 November - Berbekalkan rekod perkhidmatan dan pelbagai inisiatif mendekati rakyat, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PRN MELAKA: RAIS MAHU TANGGA BATU HADIAHKAN EMPAT KERUSI UNTUK BN
KLEBANG 1 November - Barisan Nasional (BN) dan rakan strategik Perikatan Nasional (PN) meletakkan sasaran menyapu bersih kesemua empat kerusi...
MELAKA SASAR GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA ZON SELATAN
BANDA HILIR 1 November – Melaka berpotensi menjadi negeri pertama di Zon Selatan Semenanjung Malaysia yang memperoleh pengiktirafan Geopark Kebangsaan...
PRN MELAKA: ‘14 NOVEMBER HARI JADI RAKYAT’
KLEBANG 1 November - Tarikh 14 November disifatkan sebagai ‘Hari Jadi Rakyat’ apabila pengundi bakal menentukan hala tuju kepimpinan dan...
TOK LI MAHU NAIK TARAF KEMUDAHAN NELAYAN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 1 November - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah, mahu menambah baik kemudahan...

