
GRS sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri
KOTA KINABALU, 21 November – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menyatakan pendirian untuk menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketua Menteri Sabah itu berkata GRS juga bersetuju untuk membentuk kerajaan Persekutuan bersama PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti lain yang bersedia bekerjasama untuk tujuan itu.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Muhyiddin dalam satu pertemuan dengan pemimpin GRS di Kuala Lumpur semalam yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.
“GRS berpandangan adalah perlu pembentukan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan pada kadar segera untuk memastikan kerajaan dapat berfungsi sepenuhnya, khususnya dalam memuktamadkan penggubalan belanjawan untuk 2023.
“GRS sentiasa komited untuk membawa citra kesatuan demi kepentingan rakyat dan tanah air,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15, GRS memenangi enam kerusi Parlimen daripada 13 kerusi yang ditandingi parti itu di Sabah manakala Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mempertahankan Parlimen Beluran atas tiket PN.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
NORLIDA SEBAK TERIMA HADIAH MOTOSIKAL RODA TIGA DARIPADA TOK RAUF
KUALA LINGGI 12 Julai - Sumbangan motosikal roda tiga daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk suaminya...
BULATAN SOLOK DUKU LANCARKAN ALIRAN TRAFIK, TAK PERLU LAGI BERBARIS PANJANG
LENDU 12 Julai - Naik taraf daripada persimpangan lampu isyarat kepada Bulatan Solok Duku mendapat maklum balas amat positif daripada...
200 PASUKAN BAKAL MERIAHKAN HARI INOVASI KEBANGSAAN @ MELAKA 2026
AYER KEROH 12 Julai - Hari Inovasi Kebangsaan @ Melaka 2026 yang dijadual berlangsung pada Ogos depan di Universiti Multimedia...
TOK RAUF MAHU KEBAJIKAN, KESELESAAN MANGSA BANJIR DIUTAMAKAN
PAYA RUMPUT 12 Julai - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu aspek kebajikan mangsa banjir ditempatkan di...
MELAKA TELITI LANGKAH TERBAIK TANGANI BANJIR BERULANG – AB RAUF
PAYA RUMPUT 12 Julai - Kerajaan Negeri akan melakukan kajian bagi mencari langkah penyelesaian terbaik untuk menangani permasalahan banjir berulang...
INISIATIF JENGKAUT MINI: PROSES GALI KUBUR KINI SIAP KURANG SATU JAM
KUALA LINGGI 12 Julai - Proses menguruskan pengebumian jenazah umat Islam di Melaka menjadi lebih efisien dan cepat menerusi pelaksanaan...

