
MPHTJ kekal momentum cemerlang
AYER KEROH 21 November – Selepas 12 tahun ditubuhkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengekalkan kecemerlangan dengan meraih enam anugerah sepanjang tahun ini.
Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman berharap pengiktirafan peringkat Negeri Melaka dan Nasional diterima mampu menyuntik semangat kepada semua warga kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.
“Antara pengiktirafan diraih adalah Anugerah Bandar Daya Huni Tahap Tertinggi 2021 di tempat ke-4 dalam Malaysia dan Anugerah Bandar Bahagia Negeri Melaka (tempat ke-4 dalam Malaysia).
“Semua warga MPHTJ diingatkan supaya sentiasa cakna dan meningkatkan kefahaman mengenai setiap program serta inisiatif yang dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ, di sini, 15 November lalu.
Shadan berkata, pemahaman mendalam mengenai program dan inisiatif dijalankan membolehkan setiap warga kerja MPHTJ memberikan penerangan secara terpeinci kepada rakyat.
“Hal ini amat penting untuk mengelakkan sebarang salah faham, penyebaran maklumat palsu, tidak benar atau kurang tepat selain mengatasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memutarbelitkan fakta dan menidakkan usaha yang kita telah laksanakan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERUNTUK RM45 JUTA PERKASA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM45 juta bagi memperkasa pendidikan Islam melibatkan sekolah agama, Tadika Jabatan...
WRUR SERKAM: MPJ BINA LIMA KEDIAMAN BAHARU, BAIK PULIH 47 RUMAH
SERKAM 2 Julai - Lima keluarga sebelum ini tinggal di rumah dalam keadaan daif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam...
MELAKA AKAN KAJI SEMULA GAJI GURU KAFA, BELA KEBAJIKAN PENDIDIK JAIM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri akan terus memberi keutamaan terhadap kebajikan pendidik Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) termasuk...
MAIM GUBAL GARIS PANDUAN, WAJIBKAN PENDAFTARAN OPERATOR VAN JENAZAH
BANDA HILIR 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menggubal garis panduan khusus termasuk mewajibkan pendaftaran pengusaha atau...
21 KELAS BIMBINGAN MAIM PERKASA KEFAHAMAN MUALAF MELAKA
BUKIT KATIL 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf...
JIWA RAKYAT TOK AJAK
TELOK MAS 2 Julai - Di sebalik senyuman mesra dan sikap mudah didekati yang sering menjadi perhatian penduduk Telok Mas,...
