
Sultan Brunei adakan lawatan khas ke Malaysia
PUTRAJAYA, 28 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semasa lawatan khas baginda ke Malaysia, hari ini.
Pertemuan itu adalah yang julung kali antara Anwar dan Sultan Hassanal Bolkiah selepas perdana menteri memegang jawatan pada 24 Nov, menurut kenyataan Kementerian Luar.
Lawatan terakhir baginda ke Kuala Lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei.
Malaysia dan Brunei mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama rakyat.
Bertitik tolak daripada hubungan istimewa ini, kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang semasa lawatan itu untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada, di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Pada 2021, Brunei ialah rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan bernilai RM8.03 bilion (US$1.94 bilion).
Anwar akan turut meraikan Seri Paduka Baginda serta Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan delegasi Brunei dalam satu majlis santapan tengah hari. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SASAR GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA ZON SELATAN
BANDA HILIR 1 November – Melaka berpotensi menjadi negeri pertama di Zon Selatan Semenanjung Malaysia yang memperoleh pengiktirafan Geopark Kebangsaan...
PRN MELAKA: ‘14 NOVEMBER HARI JADI RAKYAT’
KLEBANG 1 November - Tarikh 14 November disifatkan sebagai ‘Hari Jadi Rakyat’ apabila pengundi bakal menentukan hala tuju kepimpinan dan...
TOK LI MAHU NAIK TARAF KEMUDAHAN NELAYAN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 1 November - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah, mahu menambah baik kemudahan...
TIDAK LAGI MENYEWA, NOOR JAHAN SYUKUR BERTEDUH DI RUMAH SENDIRI
ASAHAN 1 November – Sukar bagi Noor Jahan Mohamed, 53, mengungkapkan kata-kata untuk menggambarkan kegembiraannya apabila akhirnya dapat mendiami rumah...
PRN MELAKA: RAIS SEDIA BUKA LALUAN USAHAWAN SUNGAI UDANG PERLUAS PERNIAGAAN
SUNGAI UDANG 1 November - Keperluan mendapatkan mesin dan peralatan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran antara isu yang diberi perhatian calon...
PRN MELAKA: ADUAN RAKYAT JADI PANDUAN KERAJAAN NEGERI RANGKA DASAR MASA DEPAN
TELOK MAS 1 November - Suara dan permasalahan rakyat peringkat akar umbi perlu menjadi antara asas utama Kerajaan Negeri dalam...
