
PM Anwar umum dua TPM dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan dua timbalan perdana menteri serta 28 Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet kerajaan perpaduan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Pengumuman barisan Kabinet di Putrajaya pada kira-kira 8.20 malam itu disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen serta platform media sosial dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Anwar, 75, turut  memegang portfolio Menteri Kewangan.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Nov lepas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NAIK TARAF TAMAN REKREASI POH AH TIAM DITERUSKAN
MACHAP JAYA 26 April - Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam menjadi lambang kesungguhan kerajaan dalam usaha berterusan menyediakan...
BERBALOI TEMAN IBU KE PENUTUP WRUR, DAPAT HADIAH EX5
MACHAP JAYA 26 April - Kanak-kanak 12 tahun bagai mendapat durian runtuh apabila memenangi cabutan hadiah sebuah motosikal Honda EX5...
DUKA BERGANTI SINAR, PASANGAN WARGA EMAS SEBAK TERIMA RUMAH BAHARU
TANJUNG BIDARA 26 April - Hanya rasa syukur dan terima kasih dapat dizahirkan pasangan warga emas ini apabila musibah kebakaran...
PENGURUS ESTET BAWA PULANG HADIAH LEMBU BETINA BUNTING
MACHAP JAYA 26 April - Seorang pengunjung tidak menyangka nasib menyebelahinya apabila membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah seekor lembu...
LEBIH 50 PROGRAM WARNAI WRUR AYER KEROH, 100 ADUAN RAKYAT AKAN DISELESAIKAN
AYER KEROH 26 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) siri ke-14 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh...
1,300 GAMATKAN HEY V RUN 6.0 DI KLEBANG
KLEBANG 26 April - Lebih 1,300 peserta memeriahkan acara larian Hey V Run 6.0 Sempena Ulangtahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah...
