
Lelaki ditemukan lemas selepas keluar menjala
JOHOR BAHRU, 5 Dis – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika keluar menjala bersama 13 rakannya berhampiran kawasan Loji Rawatan Air Sultan Iskandar, di sini semalam.
Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata mangsa, Betron Anak Tela, 38, dipercayai terjatuh dan hilang ketika melakukan aktiviti itu pada kira-kira 2 pagi semalam.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.55 tengah hari, sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan 12 anggota dari BBP Johor Jaya, lapan anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Skudai dan dua anggota unit dron dari BBP Kempas, dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pihak bomba membuat pencarian di air dengan menggunakan teknik ‘surface searching’ dan selaman menggunakan sebuah bot aluminium serta bot orang awam.
“Mangsa berjaya ditemukan oleh PPDA pada kedalaman tiga meter dan jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa disyaki jatuh pada jam 6.35 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Saifulbahri berkata mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.40 malam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF BAYANG BERLAKU PERUBAHAN BESAR LANDSKAP POLITIK
KESIDANG 8 November - Kerjasama politik menerusi Muafakat Melaka berpotensi menjadi permulaan kepada satu perubahan besar landskap politik negara apabila...
PRN MELAKA: TOK JEZ KETUK PINTU RUMAH KE RUMAH, DEKATI PENGUNDI SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 8 November - Mengetuk pintu rumah penduduk menjadi antara strategi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan...
PRN MELAKA: BN-PN TEKAD RAMPAS SEMULA DUN KESIDANG
KESIDANG 8 November - Selepas dua penggal tewas, Barisan Nasional (BN) bersama Perikatan Nasional (PN) kini meletakkan DUN Kesidang sebagai...
PRN MELAKA: FORMULA KERJASAMA BN-PN PERLU DIBUKTIKAN DI PETI UNDI – KJ
REMBIA 8 November - Kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS bersama rakan strategik dalam Perikatan Nasional (PN) perlu...
PRN MELAKA: BN, PN PERLU BERSATU PERTAHANKAN TIANG SERI NEGARA
SERKAM 8 November - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu berpadu tenaga serta memperkukuh penyatuan demi mempertahankan asas...
ANAK MELAKA DIPERANTAUAN BANGGA DENGAN PEMBANGUNAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 8 November – Walaupun mencari rezeki di negeri orang, perkembangan pembangunan dan kemajuan Melaka tetap dekat di hati...
