
Penghantaran 20 kenderaan perisai APC selesai suku keempat 2023 – MINDEF
Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan perolehan membekal, menghantar dan mentauliah kenderaan perisai APC itu ialah kontrak yang telah dimeterai kerajaan melalui kementerian berkenaan bermula 3 Dis 2021 hingga 2 Dis 2024.
“Melalui kontrak itu, syarikat yang dilantik akan membekalkan sejumlah 20 unit kenderaan APC untuk kegunaan pasukan MALBATT 850 di Lubnan,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada laporan akhbar dalam talian semalam yang memetik pengendali akaun Twitter dengan nama ‘Malaysia Defence Review’ yang melaporkan 20 kenderaan APC yang sepatutnya beroperasi pada 2023 akan lewat tiba iaitu bermula 2026 hingga 2028. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
