RM5 juta diperlukan kontinjen Melaka hadapi Sukma 2024

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SERI NEGERI 15 Disember – Sebanyak RM5 juta diperlukan kontinjen Melaka sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 yang dijadualkan pada 2024.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam berkata, pada edisi ke-20 di Kuala Lumpur sebelum ini, kontinjen Melaka menyertai semua 31 acara sukan dipertandingan dan berjaya memperolehi 17 pingat emas, 11 pingat perak dan 23 gangsa dengan kedudukan pada tangga ke-11 daripada keseluruhan negeri bertanding.

Katanya, bagi memastikan kecemerlangan diraih kontinjen Melaka pada Sukma ke-21, maka Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan seterusnya demi memberi semangat dan mempersiapkan pegawai serta atlet terlibat dalam temasya sukan dwitahunan itu.

“Kerajaan sedia mempertimbangkan permohonan bajet yang telah dikemukakan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka untuk membuat persediaan awal SUKMA ke-21 dijadual bermula Mac tahun depan hingga Julai 2024 yang dijangka memerlukan perbelanjaan sebanyak RM5 juta.

“Ia meliputi elaun jurulatih, elaun atlet, pembelian peralatan, sewa tempat latihan, menyertai pertandingan, pakaian dan pengangkutan serta perbelanjaan lain-lain yang mungkin wujud.

“Sebenarnya permohonan yang agak tinggi ini sekiranya diberikan sepenuhnya maka sudah tentu pencapaian diharapkan dari setiap atlet yang mengambil bahagian juga tinggi, untuk makluman pihak MSN Melaka sebenarnya, dengan izin ‘we work within the means allocation or whatever recources we have’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dari Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) pada hari keempat Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2279
Kongsi :
Previous post 455 hotel di Melaka masih beroperasi – Exco
Next post Penghantaran 20 kenderaan perisai APC selesai suku keempat 2023 – MINDEF
Ubah saiz-+=