
Banjir: LPT2 nasihat pengguna rancang perjalanan
KUALA TERENGGANU, 23 Dis – Pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dinasihat supaya merancang perjalanan dengan baik susulan kejadian banjir yang berlaku di Pantai Timur ketika ini.
Pengurus Perniagaan Wilayah LPT2 Sdn Bhd Ts. Suhaimi Samat berkata laluan LPT 2 di kedua-dua arah iaitu dari Kuala Lumpur/Kuantan menghala ke Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu ke Kuantan/Kuala Lumpur telah dibuka seperti biasa.
Bagaimanapun laluan kontra bagi laluan Bukit Besi ke Ajil di Kilometer (KM) 392.4 hingga 394.6 masih diaktifkan bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan cerun dilaksanakan demi keselamatan semua pengguna lebuh raya berkenaan.
“Berikutan insiden kegagalan cerun yang berlaku di KM 393.4, pihak LPT 2 masih mengaktifkan laluan kontra di KM392.4 hingga KM 394.6.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa peka, berhati-hati memandu, mematuhi arahan petugas serta papan tanda trafik apabila menghampiri zon kerja dan laluan kontra berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Suhaimi berkata untuk mendapatkan maklumat lanjut dan informasi terkini, orang ramai boleh menghubungi talian LPT2 Line di 1800-88-0220 atau menerusi twitter @lpt2trafik.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TIDAK BERDIAM DIRI, RANGKA LANGKAH TERBAIK ATASI BANJIR BERULANG
SERI NEGERI 13 Julai - Masalah banjir berulang yang melanda di beberapa kawasan di sekitar Tanjung Minyak dan Bukit Rambai...
MELAKA TUMPU USAHA TINGKAT PERTUMBUHAN TRAFIK UDARA LTAM
SERI NEGERI 13 Julai – Kerajaan Negeri memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan kesalinghubungan udara menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) melalui...
MELAKA HARAP RAKYAT NILAI HASIL KERJA, TOLAK POLITIK KEBENCIAN
SERI NEGERI 13 Julai - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjadi bukti bahawa rakyat kini semakin bijak menilai berdasarkan...
CAJ WARISAN MELAKA DIGUNAKAN SEPENUHNYA PERKASA PELANCONGAN
SERI NEGERI 13 Julai - Kutipan caj warisan Melaka membawa impak positif kepada sektor pelancongan negeri apabila pelbagai program dan...
LEBIH RM6.7 JUTA KUTIPAN CAJ WARISAN MELAKA DIMANFAATKAN UNTUK PROGRAM PELANCONGAN BERIMPAK TINGGI
SERI NEGERI 13 Julai - Sejumlah lebih RM6.7 juta peruntukan daripada Akaun Amanah Caj Warisan Negeri Melaka telah dimanfaatkan di...
MAIM TERUS PERKUKUH PENGURUSAN WAKAF
AYER MOLEK 13 Julai - Kesedaran umat Islam di Melaka khususnya untuk berwakaf kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) meningkat...
