
Wisma Jakel terbakar kali kedua
SHAH ALAM, 3 Januari – Wisma Jakel di Seksyen 7, di sini hari ini mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan tersebut pada jam 12.40 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.
“Api berjaya dipadamkan keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.
“Seramai 43 anggota dan pegawai ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Jan lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan telah berjaya dipadamkan.
Susulan, itu bomba Selangor semalam telah menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: CALON TERTUA BERUSIA 66 TAHUN
AYER KEROH 31 Oktober - Mohamad Jaafar yang mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
PRN MELAKA: PENGALAMAN POLITIK ASET RIDHWAN PIMPIN AYER MOLEK – JOHARI
AYER MOLEK 31 Oktober - Pengalaman luas dalam arena politik serta rekod kepimpinan yang dimiliki calon Barisan Nasional (BN) bagi...
PRN MELAKA: BN TOLAK ‘GUTTER POLITIC’ DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Barisan Nasional (BN) menolak amalan politik hasutan, fitnah dan kebencian sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri...
MELAKA PERLUAS PELANCONGAN DESA, BUKA PELUANG PENDAPATAN PENDUDUK
AYER LIMAU 31 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka giat memperluaskan pembangunan pelancongan luar bandar bagi memastikan manfaat ekonomi sektor berkenaan...
PRN MELAKA: CALON TERMUDA BERUSIA 24 TAHUN
AYER KEROH 31 Oktober - Berusia 24 tahun, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah muncul sebagai calon termuda yang bertanding pada Pilihan...
PRN MELAKA: DR. AKMAL SALEH CALON NOMBOR 1 DUN MERLIMAU
MERLIMAU 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menjadi calon nombor satu bagi kerusi Dewan...
