
TYT, warga UNIMEL pupuk gaya hidup sihat
KUALA LINGGI 14 Februari – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama lebih 1,000 warga Universiti Melaka (UNIMEL) menyertai program UNIMEL Brisk Walk, di kampus UNIMEL Kuala Sungai Baru, 12 Februari lalu.
Program yang julung kali diadakan itu merupakan antara inisiatif bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja, pelajar UNIMEL dan orang awam.
Menerusi program itu, Tun Mohd Ali yang juga Canselor UNIMEL mengetuai aktiviti jalan kaki sejauh 5.5 kilometer di kawasan sekitar kampus sehingga ke Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru.
Hadir sama pada program itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah dan Naib Canselor UNIMEL Prof Dr Abdul Razak Ibrahim.
Pada program itu turut diadakan sesi penyerahan bantuan kewangan berjumlah RM10,000 oleh Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka yang disampaikan kepada Tun Mohd Ali.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Tun Mohd Ali di mercu tanda UNIMEL.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SIBUK MACAM MANA PUN, MESTI NAK JENGAH RAKYAT’
SERKAM 27 Ogos - Kesibukan mengurus pentadbiran negeri bukan alasan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk...
DANA ZAKAT SOKONG USAHA PEMULIHAN ‘ASNAF RIQAB’ – MAIM
MERLIMAU 28 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mahu dana zakat dimanfaatkan bukan sekadar untuk bantuan, tetapi turut membina...
RM1.1 JUTA BINA, BAIK PULIH 31 RUMAH WARGA SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Sebanyak RM1.1 juta diperuntukkan bagi pembinaan lapan rumah baharu dan kerja-kerja baik pulih 23 rumah di...
JELAJAH KETUA MENTERI BUKAN SEKADAR SINGGAH, BAWA SINAR BUAT RAKYAT SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Daripada rumah yang uzur kepada anak-anak yang mengejar cita-cita, pelbagai denyut nadi rakyat Serkam menjadi perhatian...
KHIDMAT UNTUK RAKYAT TIDAK BERNOKTAH, TIDAK KIRA MUSIM – KM
SERKAM 27 Ogos - Khidmat Kerajaan Negeri Melaka kepada rakyat tidak pernah bernoktah dan tidak dilaksanakan mengikut musim, tegas Ketua...
BN MELAKA KEKAL PENDIRIAN PERTAHAN 21 KERUSI – AB RAUF
GADEK 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka kekal dengan pendirian untuk bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
