
Belanjawan 2023 bawa manfaat besar kepada Melaka – KM
AYER KEROH 24 Februari – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyifatkan pembentangan Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’ memberi manfaat cukup besar kepada rakyat dan negeri ini.
Beliau berkata, empat peruntukan yang disebutkan membabitkan infrastruktur, pelancongan, kemudahan awam dan kesihatan itu membawa pengertian cukup besar kepada Negeri Melaka.
Jelas Sulaiman, antara manfaat yang diterima Negeri Melaka ialah seperti peruntukan naik taraf Jalan Tun Hamzah ke Persimpangan Semabok dengan kos berjumlah RM300 juta, selain peruntukan RM50 juta bersama Pulau Pinang untuk terus kekal dalam pemuliharaan tapak warisan dunia UNESCO.

“Selain itu, Melaka juga menerima peruntukan RM150 juta untuk memperluas Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) bersama Kuching dan Kota Kinabalu serta yang paling utama peruntukan berjumlah RM700 juta bagi membangunkan hospital wanita dan kanak-kanak.
“Pada saya, peruntukan ini membawa pengertian yang cukup besar kepada negeri ini khususnya untuk mensejahterakan rakyat Melaka.
“Justeru, bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pengumuman tersebut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN HANTAR 3 CALON WANITA
AYER KEROH 24 Oktober – Faktor usia tidak menghalang Datuk Tuminah Kadi DUN Pantai Kundor, Datuk Khaidhirah Abu Zahar DUN...
PRN MELAKA: BN PERUNTUK 7 KERUSI DUN BUAT RAKAN STRATEGIK
AYER KEROH 24 Oktober - Barisan Nasional (BN) memperuntukkan sebanyak tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada calon daripada parti...
PRN MELAKA: BN PERTARUH SITI AISYAH DI DUN PENGKALAN BATU
AYER KEROH 24 Oktober - Siti Aisyah Mahmood diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan...
PRN MELAKA : JEZLEE SAHUT CABARAN PERTAMA DI DUN SUNGAI RAMBAI
AYER KEROH 24 Oktober - Jezlee Pit diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai...
PRN MELAKA: KHAIDHIRAH KEMBALI DIBERI KEPERCAYAAN TANDINGI DUN RIM
AYER KEROH 24 Oktober - Datuk Khaidhirah Abu Zahar diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PRN MELAKA: AKMAL TERUS JADI PILIHAN BN DI DUN MERLIMAU
AYER KEROH 24 Oktober - Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri...
