
‘Runner’ maut motosikal terbabas di Pantai Puteri
PANTAI KUNDOR 24 Mac – Seorang pemuda maut selepas motosikal dinaiki hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta di Jalan Pantai Puteri, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 pagi itu, mangsa Muhammad Safwan Irsyad Osman, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kesan hentakan ketika terjatuh.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai penghantar (runner) sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Udang menghala ke Klebang.
Menurutnya, ketika di lokasi iaitu di hadapan sebuah restoran tomyam, motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggangi mangsa hilang kawalan dan terbabas menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan.
“Motosikal mangsa telah terseret lalu merempuh sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan.
“Akibat kesan hentakan ketika terjatuh, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka,” katanya.
Christopher berkata, POL 61 telah dikeluarkan bagi menjalankan bedah siasat ke atas mangsa untuk mengetahui punca kematian.
Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KUALA LINGGI MILIKI POTENSI EKONOMI BESAR – AB RAUF
KUALA LINGGI 10 November – Kuala Linggi berpotensi menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi di Parlimen Masjid Tanah menerusi pelaksanaan...
HELMY ‘CETUS’ INISIATIF PENGURUSAN JENAZAH PERCUMA
DUYONG 10 November - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong melaksanakan pendekatan amat menarik dan efisien dalam menjaga kebajikan anak...
PRN MELAKA: TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI NILAI KEMATANGAN CALON
KUALA LINGGI 10 November - Pengalaman dan kematangan menjadi antara ciri penting yang perlu dinilai pengundi dalam memilih wakil rakyat...
HORMATI PENGAMPUNAN NAJIB, JANGAN ADA TAKTIK MELENGAHKAN – AHMAD ZAHID
PANTAI KUNDOR 10 November - UMNO tidak mahu pelaksanaan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilengahkan...
NAJIB DIPERINTAH JALANI BAKI HUKUMAN PENJARA KES SRC DI RUMAH
KUALA LUMPUR, 10 Nov - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...
PRN MELAKA: SELESAI RIBUAN ADUAN RAKYAT BUKTI KEBERKESANAN PENTADBIRAN MELAKA DI BAWAH BN
SERKAM 10 November - Sebanyak 3,785 daripada 5,700 aduan rakyat berjaya diselesaikan menerusi pelbagai saluran penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri Melaka,...
