Lebih dua dekad, Pasar Ramadan Peringgit masih popular

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

PERINGGIT 24 Mac – Pasar Ramadan Peringgit terus ‘menambat hati’ pengunjung apabila kekal menjadi lokasi pilihan penduduk sejak lebih 20 tahun lalu untuk membeli juadah berbuka puasa.

Meskipun belum jam 5 petang namun, sudah kelihatan kelibat ramai pengunjung yang singgah untuk membeli sama ada kuih muih, lauk pauk, nasi mahupun minuman.

Malah, terpaksa berjalan kaki dengan jarak yang agak jauh tidak menjadi penghalang buat pengunjung untuk singgah sama ada berseorangan dengan rakan mahupun bersama keluarga.

Kemeriahan suasana pasar dan kepelbagaian juadah juga membuatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke situ pada Ramadan tahun lalu ketika lawatan selama dua hari ke Negeri Melaka.

Turut difahamkan, Seri Paduka berdua juga sekali lagi berkenaan untuk berangkat ke Pasar Ramadan Peringgit dalam lawatan baginda ke Melaka pada April depan.

photo1679661471
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin mengadakan lawatan ke Pasar Ramadan Peringgit yang menjadi salah satu lokasi pasar Ramadan tumpuan di Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin berkata, setiap kali tibanya Ramadan, Peringgit menjadi lokasi popular buat penduduk setempat dan berdekatan untuk membeli juadah.

“Untuk tahun ini terdapat kira-kira 140 gerai jualan yang pastinya menyediakan pelbagai jenis menu buat pengunjung membuat pilihan.

“Harga dan pilihan yang banyak juga mungkin menjadi faktor ia menjadi pilihan. Daripada tinjauan dilakukan petang ini saya mendapati harga makanan ditawarkan juga berpatutan.

“Malah apa yang membuatkan saya sebagai Adun berbesar hati, Pasar Ramadan Peringgit ini sekali lagi bakal menerima keberangkatan tuanku baginda,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2569
Kongsi :
Previous post ‘Runner’ maut motosikal terbabas di Pantai Puteri
Next post ‘Doktor’ jam Jalan Kee Ann
Ubah saiz-+=