
‘Runner’ maut motosikal terbabas di Pantai Puteri
PANTAI KUNDOR 24 Mac – Seorang pemuda maut selepas motosikal dinaiki hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta di Jalan Pantai Puteri, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 pagi itu, mangsa Muhammad Safwan Irsyad Osman, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kesan hentakan ketika terjatuh.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai penghantar (runner) sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Udang menghala ke Klebang.
Menurutnya, ketika di lokasi iaitu di hadapan sebuah restoran tomyam, motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggangi mangsa hilang kawalan dan terbabas menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan.
“Motosikal mangsa telah terseret lalu merempuh sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan.
“Akibat kesan hentakan ketika terjatuh, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka,” katanya.
Christopher berkata, POL 61 telah dikeluarkan bagi menjalankan bedah siasat ke atas mangsa untuk mengetahui punca kematian.
Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MENUJU ‘NO MICROWAVE POLICY’, BERALIH KE GENTIAN OPTIK
SERI NEGERI 28 Ogos - Melaka sedang bergerak ke arah pelaksanaan 'No Microwave Policy' dengan memperluas penggunaan gentian optik berkapasiti...
MELAKA CIPTA SEJARAH, 5 KAPAL TLDM BERLABUH SEMPENA MERDEKA
SERKAM 28 Ogos - Melaka mencipta sejarah apabila lima kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan berlabuh di perairan...
‘SIBUK MACAM MANA PUN, MESTI NAK JENGAH RAKYAT’
SERKAM 27 Ogos - Kesibukan mengurus pentadbiran negeri bukan alasan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk...
DANA ZAKAT SOKONG USAHA PEMULIHAN ‘ASNAF RIQAB’ – MAIM
MERLIMAU 28 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mahu dana zakat dimanfaatkan bukan sekadar untuk bantuan, tetapi turut membina...
RM1.1 JUTA BINA, BAIK PULIH 31 RUMAH WARGA SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Sebanyak RM1.1 juta diperuntukkan bagi pembinaan lapan rumah baharu dan kerja-kerja baik pulih 23 rumah di...
JELAJAH KETUA MENTERI BUKAN SEKADAR SINGGAH, BAWA SINAR BUAT RAKYAT SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Daripada rumah yang uzur kepada anak-anak yang mengejar cita-cita, pelbagai denyut nadi rakyat Serkam menjadi perhatian...
