
Buruh kasar mengaku bersalah lakukan aksi ‘wheelie’
Majistret Muhammad Fitri Mokhtar menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak, dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM900 dengan seorang penjamin.
Berdasarkan pertuduhan,Β pada 22 April lepas kira-kira pukul 12 tengah hari di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu tertuduh menunggang motosikal jenis Honda C100B dengan cara mengangkat tayar hadapan, yang berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Jika sabit kesalahan di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), tertuduhΒ boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nursyafiqah Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Kelantan, Nor Zaimah Mohamed.
Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri itu diminta tampil menyerah diri di balai polis bagi membantu siasatan setelah satu rakaman aksi tunggangan motosikal secara berbahaya menjadi tular di media sosial.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERIΒ
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos β Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
