
Anak Melaka ambil peluang belajar kemahiran di MISDEC
BATU BERENDAM 30 Mei – Anak Melaka perlu merebut peluang mempelajari latihan kemahiran yang disediakan di Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawan Melaka (MISDEC).
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata ia berikutan pusat itu mampu melahirkan lebih ramai pekerja mahir untuk pasaran industri.
“Pagi tadi saya ke MISDEC bagi mendapatkan maklumat berkaitan fungsi dan pencapaian MISDEC dalam melahirkan pekerja mahir untuk pasaran industri.
“Banyak juga peranan MISDEC telah berkembang terutamanya dalam melahirkan usahawan digital.
“Justeru saya harap anak-anak Melaka tidak lepaskan peluang untuk mencari ilmu di sini khususnya mengenai latihan kemahiran untuk menjadi usahawan berjaya di sini,” katanya.
Hadir sama Pengarah Eksekutif MISDEC, Haiqal Syukri Jantan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA PELAJAR MRSM ALOR GAJAH HILANG DITEMUKAN DI PASAR SENI
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI TIGA SEKELUARGA TERKORBAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH
ROMPIN 15 Ogos - Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TARIK PERHATIAN ORANG MUDA
PENGKALAN BATU 15 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat diakui menjadi medium yang amat berkesan dalam mendengar permasalahan,...
MOOD MERDEKA BERMULA DARI PINTU GERBANG, MPHTJ HIAS LALUAN MASUK KE MELAKA
AYER KEROH 15 Ogos - Aspek kebersihan dan landskap sepanjang laluan masuk ke Melaka diberikan perhatian oleh Majlis Perbandaran Hang...
LPM TERIMA LEBIH 200 PERMOHONAN BAGI PROGRAM MELAKA RUMAHKU
AYER KEROH 15 Ogos - Lebih 200 permohonan diterima Lembaga Perumahan Melaka (LPM) membabitkan bina baru dan baik pulih kediaman...
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
