Tiga jam terkandas di Pulau Lalang

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KUALA LINGGI, 30 Mei – Seorang lelaki warga British yang terkandas tiga jam di Pulau Lalang, di sini ditemukan selamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan awal pagi semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata pihaknya menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru melalui aduan MERS 999 pada jam 2.30 petang.

Katanya, sebaik menerima maklumat itu sebuah bot kilat yang berada di kawasan berhampiran diatur gerak ke lokasi kejadian mangsa.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa, Russel Walter Boyd, 40 dan menetap di Bangsar, Kuala Lumpur ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan selepas terkandas kira-kira tiga jam di pulau berkenaan.

“Mangsa dibawa ke Jeti Marinan Banda Hilir untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar memancing seorang diri dengan menaiki bot getah ke pulat berkenaan.

“Bot itu kemudian hanyut dibawa arus kerana tidak diikat sebelum membuat panggilan kecemasan,” katanya.

Iskandar berkata, Maritim Malaysia sentiasa peka dan serius melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan agar komuniti maritim selamat untuk melakukan aktiviti di laut.

Jelasnya, sebarang maklumat atau kecemasan, sila laporkan segera ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam bagi membantu operasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2839
Kongsi :
Previous post Anak Melaka ambil peluang belajar kemahiran di MISDEC
Next post Star Vendors mohon maaf
Ubah saiz-+=