
Sultan Selangor perkenan DUN dibubar Jumaat ini
KLANG, 19 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan berkuat kuasa Jumaat ini (23 Jun) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini.
Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu.
Turut berangkat pada istiadat itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Haris Kasim, Speakar DUN Selangor Ng Suee Lim dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
73 ANAK PAYA RUMPUT SERTAI KHATAN PERDANA PERCUMA
PAYA RUMPUT 28 Disember - Seramai 73 kanak-kanak menyertai Program Jom Berkhatan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput 2025...
RAKYAT MELAKA DIMINTA BERHATI-HATI SUSULAN CUACA TIDAK MENENTU
PAYA RUMPUT 28 Disember - Penduduk Asahan, dinasihatkan agar berhati-hati susulan kejadian banjir kilat yang melanda dua kawasan di Dewan...
SAMBUTAN JUBLI INTAN RGK KE-60, ERATKAN HUBUNGAN KOMANDO DAN RAKYAT
KLEBANG 28 Disember - Selepas enam dekad diraikan secara tertutup, Jubli Intan Rejimen Gerak Khas (RGK) Ke-60 disambut bersama rakyat...
SAMBUTAN JUBLI INTAN KE-60: GERAK KHAS ‘PULANG’ KE MELAKA – AB RAUF
KLEBANG 28 Disember - Selepas enam dekad menjadi benteng pertahanan negara, Rejiman Gerak Khas (RGK) kembali 'pulang' ke Melaka bagi...
LEBIH 20,000 PENGUNJUNG GAMATKAN SAMBUTAN JUBLI INTAN RGK KE-60
KLEBANG 28 Disember - Lebih 20,000 pengunjung membanjiri perkarangan Encore Melaka sejak hari pertama penganjuran Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak...
BISTARI PERKUKUH MOMENTUM SANTUNI RAKYAT MEMERLUKAN
AYER KEROH 28 Disember - Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) akan terus mengorak langkah memperkukuh momentum...
