
Peminat setia 40 tahun, kumpul 40 karya
BANDA HILIR 17 Ogos- “Saya mula jatuh hati pada karya Datuk Lat sejak usia 7 tahun. Ketika itu ayah menyuruh saya membaca buku dengan tulisan kartun memaparkan suasana kampung sebenar,” kata peminat karikatur hanya mahu dikenali sebagai Tan.
Kerana minat mendalam Tan, kini menyimpan hampir 40 karya seniman Diraja Datuk Mohammad Nor Khalid.
Berkongsi minatnya, juruaudit di sebuah syarikat swasta di negeri ini berkata, karya Datuk Lat menghiasi dada akhbar sekitar tahun 80-an menjadi tatapan dia dan bapanya hampir setiap hari.
“Sekarang saya sudah berusia 50 tahun, ayah juga sudah berumur, namun karya-karya Datuk Lat mempunyai nilai sentimental yang berharga untuk saya dan ayah.
“Kenangan dan memori tercipta mendorong saya untuk terus mengumpul karya Datuk Lat,” katanya ketika ditemui pada Festival Karikatur Malaysia berlangsung di sebuah pusat beli-belah, di sini, baru-baru ini.
Atas dasar minat dia singgah ke festival itu semata-mata mahu berjumpa dan meminta Datuk Lat memandatangani kesemua buku-buku yang belum ada tandatangan kartunis tersohor itu selain bergambar kenangan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
