Ab Rauf lawat mangsa ribut

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TANJUNG BIDARA 11 Ogos – Cuma enam mangsa yang terjejas selepas kediaman mereka dibadai ribut pagi semalam masih ditempatkan sementara di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang tadi.

Mangsa daripada dua buah keluarga kini ditempatkan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi sementara menunggu kediaman mereka dibaik pulih.

Sementara itu seramai 47 pelajar puteri Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al- Ehya El Karim ditempatkan di dewan sekolah berkenaan berikutan bangunan sekolah terjejas akibat ribut.

Terkesan dengan nasib yang menimpa kesemua mangsa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meluangkan masa turun padang melawat mangsa yang ditempatkan di PPS, semalam.

Ab Rauf yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri menerusi hantaran Facebook rasminya merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma) dan Japerun Tanjung Bidara yang melancarkan urusan menyampaikan bantuan kepada mangsa termasuk mereka ditempatkan di PPS.

Melaka Hari Ini semalam melaporkan, sebanyak 58 kediaman membabitkan empat kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara terjejas akibat ribut.

Antara lokasi terjejas adalah Kampung Ayer Hitam Darat, Kampung Ayer Hitam Pantai dan Kampung Pasir Gembur.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1321
Kongsi :
Previous post Tokan kecil-kecilan dicekup dalam Op Tapis
Next post Polis tahan tiga lelaki aktif pecah masuk kedai sekitar Lembah Klang, Melaka
Ubah saiz-+=