AEON Bandaraya Melaka ditutup sekali lagi

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDARAYA MELAKA 16 Julai – Pusat Beli Belah, AEON Bandaraya Melaka ditutup sekali lagi bermula malam tadi.

AEON Co (M) Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan sementara itu berkuatkuasa 7 malam tadi sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kenyataan itu menyebut, penutupan dilakukan bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang musim pandemik COVID-19.

“Segala perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman Facebook kami.

“Sebagai alternatif, orang ramai digalakkan untuk membeli-belah secara atas talian menerusi fresh.myaeon.com.my atau myaeon.com.my,” kata kenyataan itu.

AEON Co (M) Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan sementara itu berkuatkuasa 7 malam tadi sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pada 13 Julai lalu, AEON Bandaraya Melaka telah mengambil tindakan menutup sementara gedung rangkaiannya bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi.

Namun, penutupan ketika itu tidak melibatkan operasi pasar rayanya yang masih dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Bagaimanapun, bermula semalam, ia ditutup sepenuhnya kepada orang ramai.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua pusat beli belah berkenaan ditutup kepada orang ramai selepas kali terakhir pada 9 Mei lalu berikutan premis berkenaan tersenarai dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3711
Kongsi :
Previous post Kena peka, mahir untuk bantu rakyat – Penjawat awam
Next post Edar 200 nasi lemak percuma
Ubah saiz-+=