Edar 200 nasi lemak percuma

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BUKIT BARU 16 Julai – Sebanyak 200 bungkus nasi lemak diedarkan secara percuma kepada masyarakat sekitar kawasan perumahan di Taman Sin Hoe, di sini hari ini.

Pengurus Restoran Ah Ma Ho Liao, Kelvin Tan berkata inisiatif bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bukit Katil itu sebagai langkah membantu golongan memerlukan.

Katanya, inisiatif yang telah dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu itu memberi fokus kepada golongan sasar seperti gelandangan, warga emas yang tinggal sendirian dan rumah anak-anak yatim.

KELVIN Tan

“Bantuan ini telah dilakukan sejak PKP lepas yang mana kita lakukan setiap minggu dan fokus pada golongan sasar.

“Semalam di Bachang sebanyak 50 bungkus makanan telah diedarkan, hari ini kami memilih Pasar Pagi Taman Sin Hoe untuk mengedarkan 200 makanan kepada mereka yang memerlukan.

“Mungkin bantuan ini nampak ‘simple’ namun pada golongan memerlukan ianya membantu golongan terjejas berjimat,” katanya ketika ditemui di Pasar Pagi Taman Sin Hoe, hari ini.

Tambah Kelvin, pada minggu hadapan pihaknya akan memberi bantuan makanan kepada petugas kesihatan bahagian forensik Hospital Melaka diikuti golongan rentan yang lain.

Hadir sama mengedarkan makanan, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit katil, Ridhwan Mohd Ali; Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri, Yong Fun Juan dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Yap Hun Leong.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

787
Kongsi :
Previous post AEON Bandaraya Melaka ditutup sekali lagi
Next post Pertubuhan Sahabat Masjid bantu 100 keluarga terjejas
Ubah saiz-+=