ADLY TIDAK TERKEJUT, HORMATI KEPUTUSAN PENGUNDI

Masa Membaca:57 Saat

BUKIT KATIL 14 November – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari tidak terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, sebaliknya menghormati mandat yang diberikan rakyat.

Beliau berkata, keputusan berkenaan perlu diterima kerana rakyat mempunyai hak untuk membuat penilaian dan menentukan wakil rakyat yang mahu dipilih bagi kawasan masing-masing.

Katanya, PH menerima keputusan itu secara terbuka dan menjadikannya sebagai asas untuk memperkukuh usaha serta gerak kerja parti pada masa hadapan.

“Saya hormati keputusan rakyat kerana mereka ada keputusan mereka sendiri untuk buat penilaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Bukit Baru di sini, malam ini.

Mengulas prestasi PH pada PRN kali ini, Adly berkata, gabungan itu akan membawa keputusan berkenaan ke Mesyuarat Majlis Presiden untuk diteliti secara menyeluruh.

“Penelitian ini turut mengambil kira keputusan pilihan raya di negeri lain termasuk Johor dan Negeri Sembilan bagi menilai perkembangan sokongan rakyat terhadap gabungan berkenaan,” katanya.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PH memenangi empat daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi iaitu Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

193
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: KEMENANGAN HATRIK BUKAN ALASAN UNTUK BERMEGAH – AHMAD ZAHID
Next post PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN AKAN BENTUK KERAJAAN STABIL, KUKUH, BERWIBAWA